Pages

Tuesday 27 March 2012

Warkah Buatmu.... (Mr.Q)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Atas limpah kasihNya, aku berkesempatan mencoret gurindam jiwa buatmu.

Salam kerinduan buatmu wahai kasih.

Kasih,
Saat ku lakar warkah ini, hatiku sarat dengan rasa rindu padamu. Sungguh, aku rindu kemesraanmu, aku rindu dengan kemanisan tutur katamu, aku rindu dengan nasihat yang kamu curah saban waktu. Mungkinkah kamu juga begitu, atau kamu telah melupakan aku.

Kasih,
Apakah kamu masih ingat, yang kamu pernah menduduki tempat ketiga dalam hatiku. Lantas kamu merasa kecewa. Maafkan aku kasih, aku tidak mampu mengangkatmu hingga di kedudukan pertama. Kerana tempat itu telahku isi dengan insan yang lebih istimewa iaitu rasul kita. Bukan ku tidak mahu memberi kamu kedudukan kedua. Namun aku tidak bisa, kerana aku telah terhutang budi padanya dan kerana cintanya juga aku wujud di dunia.

Kasih,Jutaan terima kasih buatmu, aku utus bersama warkah ku yang hina. Terima kasih atas kesudianmu mengutip aku dari lembah duka. Terima kasih kerana memberikan aku sinar kebahagian yang baru. Terima kasih juga kerana memberi aku kesempatan merasa kemanisan kasih darimu, sebelum kamu menghumban aku semula ke sana. Tidak mengapa kasih, aku tidak pernah menyalahkan kamu dan aku tidak pernah membenci kamu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu pertemuan terakhir kita. Ku pohon kemaafan darimu, di atas setiap kesalahan yang telah ku laku, maafkan aku juga kerana tidak bisa membalas segala jasa baikmu padaku. Akan ku rangkai doa untuk kebahagiaanmu, itu sahaja yang aku termampu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu adalah kali terakhir untukku mendengar suara kamu. Ku ingin kamu tahu, sesungguhnya aku amat rindu untuk mendengar lagi suara itu.

Kasih,
Andai sahaja pujukkan dan gurauan itu juga yang terakhir kali untukku. Ketahuilah aku tidak pernah lupa hari itu.

Kerana aku sentiasa ingat pada pesanan mu. Andai kita tidak lagi diperlukan dalam hidup seseorang itu. Tiada guna walau dirayu dengan air mata. Kerana apabila tiba saatnya kita perlu melangkah jua. Namun ketahuilah wahai kasihku, aku akan sentiasa di sini untuk menanti....



Best regards,

5 comments:

  1. pandai buat ayat erk..ayu suka baca;-)

    ReplyDelete
  2. wau , dengan sound effect yang ada , memang cair ar .

    ReplyDelete
  3. Biasa2 je syafik, sound effect je terlebih bunyi ^_^v

    ReplyDelete
  4. Untuk Mr.Q ke?

    Cpe Mr.Q tu. Istimewannya dia.

    Sabar k. Bukan mudah untuk mengecapi kebahagiaan.

    Andai kita mahu merasa manisnya cinta, kita perlu tahu bertapa pahitnya derita.

    ReplyDelete

Silalah Komen, Jika Sudi!!!! ^_^v