Pages

Monday 12 March 2012

7 Petala Cinta...

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

 Sinopsis:
7 Petala Cinta mengisahkan kehidupan suka dauka anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Mereka menempuh pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku di antara mereka selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza. Filem 7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan, kejujuran serta kisah cinta agung.
Diana Amir tampil dengan imej bertudung dalam filem ini membawa watak seorang gadis yang naif  bernama Hilma Aqila adik kepada Hamka lakonan Fizo Omar. Hilma Aqila gadis yang sopan, anak yatim piatu, seorang yg solehah dan pandai mengaji. Hilma jugak ada konflik dan kisah yang tersendiri. Dia rasa kehilangan lagi apabila abangya pun pergi ke luar negara untuk menuntut ilmu, dan mendengar kabar angin, abangnya meninggal dunia.
Abangnya Hilma,  Hamka yang juga graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu.
Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak. Namun sayangnya, entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik.
Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.



Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Silalah Komen, Jika Sudi!!!! ^_^v