Pages

Monday 1 October 2012

Bukan Semua Angan-Angan Jadi Kenyataan

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Hukhuk.... Hukhuk....
Berhabuk-habuk blog aku, tu hah ciap de sarang labah2 lagi. Rasanya dah lama aku tak update blog ni.
Maaf la kawan2, lately ni aku quite busy. Tu yang tak meyempat melawat blog ni. Ciannye....
Ceh, mengalahkan PM lak aku ni ek.
Anyway, thanks pada kawan2 yang masih setia berkunjung-kunjungan ( ala-ala beraya gitu....) ke blog aku tanpa jemu. <--- Konon je lebih ek.

Hahahahahaha !!!!

Bukan semua angan-angan kita akan menjadi kenyataan. Mungkin sedikit sama, mungkin menyimpang jauh. Nak tak na,k kite kena juga harungi apa yang terjadi di hadapan kita.
Kadang2 ia menjadi persoalan, adakah itu suratan atau kebetulan. 

Sebelum aku makin merapu entah apa-apa baik aku masuk tido. Bye. 


~Asalamualaikum~



Best regards,

Monday 23 April 2012

Untuk Dia Yang Pernah Mengecewakanku (Sang Mantan)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Assalamualaikum..
Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.
Sang Mantan,
Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak?
Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex? Pernah tak kita berasa malu memasuki pusat karaoke berdua? Pernah tak?
Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku. Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha. Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?
Sang Mantan,
Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum Adam, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.
 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
           “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya  adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
 Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Sang Mantan,
Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah..
Kau masih tidak sedar akan semuanya itu. Kau sedang leka bersama cinta hatimu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa.
Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta. Kita yang buta selepas tenggelam di dasar lautan cinta yang paling dalam. Kita. Bukan salah mereka.
Oleh itu sang Mantan..
Bertaubatlah. Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali lagi dengan dunia cinta.
Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa.
Untuk menerimamu kembali, untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah.
Aku takut sangat-sangat. Ketakutan ini aku tidak pernah rasa pada suatu masa dulu.
 Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka.
Wassalam,
Warkah wanita yang ingin berubah menjadi solehah.
Best regards,

Thursday 19 April 2012

CERPEN : Cinta Sampai Mati

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

 
            “Dulu, awak janji awak tak nak tinggalkan saya. Tapi kenapa sekarang awak mungkiri janji awak?” Soal Liyana sambil menguis pasir, pandangannya dicampak ke tengah laut yang sedikit bergelora.

            Ammar melepaskan satu keluhan berat. Wajah bidadari hatinya dipandang penuh kasih.

            “Awak tahu tak, saya sunyi bila awak tak ada. Saya rindu awak.” Liyana meneruskan bicara, air mata yang terbit di tubir matanya dibiarkan mengalir menyusuri pipi.

            Ammar tetap membisu. Tangan Liyana diraih, lalu diciumnya penuh syahdu. Dia mengerti apa yang dirasakan oleh gadis itu. Dia juga merasa penderitaan yang sama. Namun apakan daya, mereka berada di dunia yang berbeza.

            “Janganlah menangis. Saya tak suka tengok awak sedih-sedih macam ni.” Ujar Ammar sambil menyeka air mata Liyana yang masih deras mengalir.

            Hati Liyana sedikit tenang dengan pujukkan Ammar. Kepalanya dilabuhkan ke dada lelaki itu.

            Rambut Liyana dibelai lembut.

            “Listen to me, sayang. Kita tak boleh macam dulu lagi.” Jelas Ammar.

            Liyana pantas bangun, pandangan dicampakkan kembali ke tengah laut. Suasana senja menambah lagi pilu di hatinya.

            “Awak bukan Ammar yang saya kenal dulu. Saya benci awak.” 

            Serba salah Ammar jadinya. Tubuh Liyana dipeluk dari belakang. Terasa hangat tubuh gadis kesayangannya itu.

            “Awak nak ikut saya?” Soal Ammar sambil meleraikan pelukkannya, tangan Liyana diraih kembali. 

            Liyana mengangguk tanpa kata.

            “Awak tak menyesal?” Ammar menyoal lagi.

            Liyana menggeleng.

            “Pejam mata awak.” Arah Ammar.

            “Liyana….” Panggil Puan Salmah, ibu Liyana.

            Perlahan-lahan Liyana membuka mata. Dia memandang sekeliling. Suasana pantai yang tenang, hilang dalam sekelip mata. Begitu juga dengan Ammar.

            “Ammar…. Ammar….” Teriak Liyana.  

            Wajah-wajah di kelilingnya diamati. Namun, tiada lansung kelibat Ammar kelihatan.

            “Sabarlah, nak. Ammar dah tak ada.” Pujuk Puan Salmah.

            “Tipu, tadi Liyana jumpa Ammar mak.” Jawab Liyana tersedu-sedu sambil menepuk dadanya.

            “Tu mimpi.” Kata shafina, teman baiknya cuba memujuk.

            “Liyana, janganlah macam ni. Kami risaukan awak.”  
     
Rambut Liyana diusap penuh simpati.

            “Ammar dah tak ada.” Perlahan bicaranya.

            Liyana menolak tubuh Shafina yang berada di sisi. Perasaan benci terhadap teman baiknya itu, tiba-tiba saja meluap.

            “Kau pergi, aku tak nak tengok muka kau.” Teriak Liyana berang.

            “Istighfar, nak” Puan Salma memujuk lagi.

            “Keluar…. Kenapa semua orang nak tipu aku.” Pekik Liyana. 

            “Keluar….” Pekiknya lagi seperti dirasuk.

            Semua yang berada di dalam bilik itu melangkah keluar, pantas Liyan mengunci pintu.
            Puan Salmah teresak-esak menangis di luar bilik. Saudara maranya yang tiba sejak pagi tadi berusaha menenangkan Puan Salmah.

            “Sabarlah,kak. Mungkin Liyana belum boleh terima lagi berita ni.” Ujar Long Esah sambil mengusap-usap belakang Puan Salmah. 
          
            “Dia masih terkejut agaknya.” Sambung Long Esah.

            ‘Prraaangg’. 

             Liyana memecahkan cermin solek. Serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai dikutip. Pergelangan tangannya dihiris sehingga darah keluar membuak-buak.

            Beberapa minit kemudian pintu bilik Liyana berjaya dipecahkan dari luar. Imran yang berada di hadapan sekali tergamam melihat keadaan sepupunya yang terbaring lemah.

            Puan Salmah berlari mendapatkan anak gadisnya.

            “Kenapa buat mak macam ni, Liyana. Ya Allah. Anak aku, Ya Allah.” Rintih Puan Salmah.

            “Liyana nak ikut Ammar, mak. Ammar dah tunggu Liyana.” Ucap Liyana terketar-ketar.
            Shafina berada di luar menangis teresak-esak. Dia tidak berani masuk, kerana dia amat takut dengan darah.

            “Jangan cakap macam tu, nak. Istghfar banyak-banyak.” Rintih Puan Salmah lagi.

            “Jangan risau, mak jaga diri ya.” Pintas Liyana sambil mengusap pipi Puan Salmah dengan tangannya yang berlumuran darah.

            “Cepat angkat masuk kereta.” Arah Borhan kepada sepupunya Imran.

            Lantas tubuh lemah Liyana diangkat dari Puan Salmah dan terus menuju ke kereta yang telah bersedia untuk bergerak. Puan Salmah mengekori Imran dari belakang. Wajahnya sudah basah dengan air mata bercampur darah Liyana.

            Namun apakan daya, ajal yang dicari berkunjung tiba akhirnya. Liyana telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa dalam perjalanannya ke hospital.


Best regards,

Tuesday 17 April 2012

CERPEN : Seindah Sumayyah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


 
“Kau jangan mimpi nak jadi menantu aku. Perempuan kotor macam kau tak layak masuk dalam keluarga ni.” Tengking Datin Maria.

            Datin Maria memang tidak pernah merestui pernikahan Sumayyah dengan anak lelakinya Muhammad Qeis, kerana dia ingin berbesan dengan Puan Sri Sharifah.  

            Sumayyah yang sedang membersihkan ruang tamu hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Bantal-bantal yang bersepah diatur semula di sofa kulit bernilai puluhan ribu.  Kadang kala hatinya terguris juga dengan cacian yang dilemparkan oleh Datin Maria. Dia bukan anak luar nikah seperti yang diperkatakan oleh ibu mertuanya itu. 

            Ibu dan ayah Sumayyah telah meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya. Ketika itu, Sumayyah baru berusia tiga tahun. Namun, kuasa Allah s.w.t Sumayyah terselamat dari kemalangan maut yang membabitkan lima keluarga dalam sekelip mata. Selepas kejadian itu, dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim.

            Kemarahan Datin Maria tidak hanya terhenti di situ. Perhiasan kaca di cabinet kecil dicapai, lalu dilemparkan ke anak tangga.

            ‘Prrannggg’. Bunyi kaca pecah memeranjatkan Sumayyah yang sedang mengelap tingkap di tingkat atas. Pantas dia berlari kearah bunyi itu.

            Kelihatan Datin Maria sedang memandangnya seperti singa betina kelaparan. Wajah wanita itu dilihat sekilas, sebelum berlalu mengambil bakul sampah.

            Sumayyah mengutip satu persatu serpihan kaca yang bertaburan di anak-anak tangga. Ditoleh kearah atas, kelibat Datin Maria tidak kelihatan.

            ‘Dah keluar agaknya,’ desis hati Sumayyah.

            Namun sangkaan Sumayyah meleset. Tanpa dia sedari, Datin Maria yang datang dari arah belakang terus menolaknya.

            Tubuh Summayyah berguling-guling. Kepalanya terhantuk pada bucu anak tangga yang terakhir, sebelum terlentang di lantai.

            Mak Jah sedang memasak terperanjat dengan bunyi kuat dari arah ruang tamu, pantas dia berlari melihat apa yang berlaku. Tiba di ruang tamu, dia terpandang sekujur tubuh yang lemah di atas lantai. Ada darah yang mengalir dari celah-celah kaki, hidung dan dahi isteri Muhammad Qeis.

            “Ya Allah, Sumayyah.” Teriak Mak Jah lalu mendapatkan tubuh itu. 

            Datin Maria masih mematung di tingkat atas.

            “Kenapa ni, nak.” Tanya Mak Jah sambil mengelap darah yang mengalir dari hidung mancung Sumayyah.

            “Qeis…. Qeis….” Teriak Mak Jah memanggil Qeis yang baru pulang dari jogging bersama papanya.

            Qeis yang baru keluar dari perut kereta meluru mendapatkan Mak Jah, sambil diekori oleh Datuk Jaafar. Langkah kakinya terhenti apabila melihat isteri kesayangannya telah berlumuran darah. Seluruh tubuhnya mengigil, tangannya digenggam mengumpul kekuatan.

            Tubuh Sumayyah beralih dari pangkuan Mak Jah ke pangkuan suami yang amat dia cintai. Kesakitan yang menjalar di seluruh tubuhnya sedikit terubat melihat wajah redup milik Qeis.
            Qeis menyeka air matanya yang jatuh ke pipi gebu Sumayyah. Berkali-kali dia mencium dahi wanita itu yang basah dengan darah.

            “Anak kita, bang.” Ujar Sumayyah terketar-ketar, nafasnya mula turun naik tidak menentu.

            Pantas Qeis mengalirkan pandangannya kearah kaki Sumayyah.

            “Astaghfirullahalazim.”

            “Sabar, Qeis. Sekejap lagi ambulans sampai.” Ujar Datuk Jaafar sambil menggosok belakang Qeis memberi sedikit semangat.

            Tangan lemah Sumayyah digenggam, terasa begitu sejuk tangan isterinya.

            “Sayang mesti kuat, sayang.” Ujar Qeis dengan suara tersekat-sekat menahan sebak.

            Namun pandangan Sumayyah semakin kabur, nafasnya juga semakin tidak menentu. Berkali-kali Mak Jah dan Qeis mengajar Sumayyah mengucap, sebelum wanita itu layu dalam pelukkan suaminya.

            Qeis memeluk erat tubuh isterinya yang tidak lagi bernyawa. Air matanya mengalir semakin deras. Jiwanya berasa begitu perit kala ini. 

            “Ya Allah, kenapa jadi begini…. Kenapa Engkau tak ambil aku sekali, Ya Allah” Raung Qeis sekuat hati. 

            “Sabar, nak. Allah lebih sayangkan Sumayyah.” Pujuk Datuk Jaafar sambil memeluk tubuh anaknya dari sisi.

            “Qeis pun sayangkan Sumayyah, pa. Qeis sayang Sumayyah.” Ujar Qeis dalam esakkan.

“ Sayang, kenapa buat abang macam ni.”

“ Bangunlah sayang. Abang merayu, bagunlah. Jangan tinggalkan abang.” 

            Tubuh layu wanita itu digoncang semahunya. Segera dihalang oleh Datuk Jaafar.

            “Maafkan mama, Qeis. Mama tak sengaja.”Rayu Datin Maria lalu melutut memeluk anaknya.

            Rayuan Datin Maria tidak diperdulikan.

            Lantas, Datin Maria beralih memeluk tubuh Sumayyah yang berada dipangkuan Qeis.

            “Sumayyah maafkan mama, nak. Mama yang salah…. Mama yang berdosa…. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni. Ampunkanlah aku, Ya Allah.” Tangis Datin Maria kekesalan.

*******************************************************************************************

            Sebulan selepas pemergian Sumayyah, Datin Maria telah dimasukkan ke wad sakit mental.  Rasa bersalah yang menghantuinya membuatkan dia hilang kewarasan sehingga dia pernah untuk mengelar dirinya sendiri.

            Keadaan Qeis juga semakin tidak menentu, dia sering mengurung dirinya di dalam kamar. Kadang kala, terdengar dia menangis teresak-esak memanggil nama isterinya. Namun, kadang-kadang terdengar juga dia ketawa gembira seperti bergurau dengan seseorang.



Best regards,

Suatu Pernah

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Suatu Pernah

Habis sudah madah
tak ada satu pun yang tinggal
setiapnya telah kau ambil dan terus jual
Seolah tak pernah memakna apa
seolah tak pernah kau inginkannya
seolah
tak pernah
Dikutip bila sudi
dibila tidak, dibiar mati
dan lebih menyakitkan
ku tetap tunggu di tepi jalan
Seperti tak pernah ku ada harga
seperti tak pernah kita bersama
seperti tak pernah kau mahu aku
tak pernah rindu
tak pernah rayu
dulu
Terleburhancur kebal rusukku
berkecaisepai, terpecah belah
terima kasih atas ajarmu
cinta tak wujud
ah, tak pernah
Dan dengarkan jeritanku
jujur tak terfitnah
kau hanya bagiku
suatu yang tak pernah
Tak ada apa
yang mampu untuk buat kau pulang
bila sudah tiada rasa
bikin apa, tetap kau terbang
Takkan ku pujuk kau jangan pergi
takkan ku minta kau fikir lagi
takkan ku paksa renung semula
takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
takkan ku pamer reput di dada
takkan ku rebah
takkan ku goyah
takkan ku biar tubuh didarah.

Best regards,

Wednesday 11 April 2012

Itu Yang Terakhir....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



               Andai aku tahu, itu yang terakhir kali aku melihat kamu menangis kerana kecewa. Pasti aku akan meminjamkan bahu ini, untuk kamu meluahkan isi hati yang telah dilukai.

               Andai aku tahu, itu yang terakhir kali aku melihat kamu ketawa gembira. Pasti akan ku sebarkan kegembiraan itu keseluruh dunia, agar kamu berasa bangga.

               Andai aku tahu, itu yang terakhir kali aku dapat mendengar suaramu. Pasti aku akan mendengar sepuas-puasnya setiap bait kata dari kamu punya cerita.

               Andai aku tahu, itu yang terakhir kali aku dapat menatap wajahmu. Pasti aku akan meneliti setiap inci garisan yang terlakar di wajahmu yang indah.

               Andai aku tahu, itu yang terakhir kali aku melihat kamu melangkah pergi. Pasti akan ku renung susukmu hingga hilang dari pandanganku.

               Andai sahaja aku tahu itu yang terakhir. Pasti akan aku luahkan segala yang terbuku dihatiku. AKU CINTA KAMU. Setiap waktu dirimu yang aku rindu. Sungguh hati ini inginkan kamu untuk mengisi sisa-sisa akhir hidupku.


Best regards,

Tuesday 10 April 2012

Aku + Hati = Kita....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


                Wahai hati, telah berkali aku memberi pesanan. Jangan pernah sekali engkau bertepuk sebelah tangan. Andai tepukkan engkau tidak berbalas, pasti kamu akan menderita. Aku juga akan tersiksa sama.

               Tapi mengapa kamu melupakkan pesanku. Kamu ingkar perintah yang ku beri dulu. Kini apa yang telah kamu terima. Adakah cinta yang kamu damba? Semestinya tidak, kita hanya terima sebuah pendustaan di sebalik penghinaan yang kejam.

               Apakah kamu telah tersedar wahai hati ku? Ku pohon untuk kali ini, jangan pernah kamu biarkan perasaan itu kembali ke sini. Janganlah kamu benarkan rindu itu kembali bertamu.

               Aku berpesan bukan untuk ku atau kamu semata. Tapi untuk kita berdua. Andai rosak kamu, maka binasalah aku. Andai kamu dilanda pilu, air mataku juga akan menjurai sendu bernada syahdu. Andai menderita kamu, maka tersiksalah aku.

               Wahai hati janganlah kamu merajuk begini. Aku tidak mahu kamu disakiti dan dilukai lagi. Cukuplah penderitaan yang pernah kita lalui sebelum ini.



Best regards,

Selamat Tinggal Sayang....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



               Dengan penuh kekuatan, kasih yang jadi idaman terpaksa aku tinggalkan. Ya. Aku harus teruskan perjalanan walaupun penuh dengan bebanan dan dugaan. Mungkin ini adalah sebuah jalan yang telah di aturkan oleh tuhan.

                Sungguh tidak mampu aku bertahan lagi. Lantas, ada air jernih yang membasahi pipi. Apakah aku telah tewas dengan permainan hati.

               "Ya Allah, apa salah yang telah ku laku. Di mana khilaf yang telah mengundang kemurkaan Mu, Ya Allah.

               "Ya Rabbi, berikanlah aku kekuatan dalam diri untuk melontar sakit ini pergi. Agar aku tidak tersiksa lagi.

               "Ya Rabbul Izzati, bawalah rindu bernada sendu ini pergi dari hati. Biarkan saja sejarah cinta ini bersemadi sendiri.

                                                       Selamat Tinggal Sayang....




Best regards,

Sunday 8 April 2012

Bicara Air Mata....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Saat air mata itu berbicara
Terhurai segala rahsia yang
Sering membelenggu di jiwa

Lantas 
Ku pesan pada air mata

 Wahai air mata,
Usahlah kamu singgah di sini terlalu lama
Kerana aku bimbang jiwa ini akan
Bertambah derita 

Wahai air mata
Andai kamu tidak bisa mencuci luka yang ada
Biarkan saja

Walau jiwa ini semakin pudar warnanya
Walau kata hati tidak lagi rahsia
Walau cinta tidak lagi bernyawa

Aku rela

Aku terima


Best regards,

Wednesday 4 April 2012

MOHD NASER.com: SEGMEN NASZ : SPONTAN

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


"Let's join it."




"Don't forget to drop your comment and follow me. I'll follow you back.... (n_n)"


 Best regards,

Tuesday 3 April 2012

Andai Kamu Tahu....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Andai kamu Tahu....
Hati ini ingin benar untuk merasa cintamu lagi,
Andai kamu tahu....
Telinga ini ingin benar untuk mendengar suaramu lagi,
Andai kamu tahu....
Mata ini ingin benar untuk melihat tatap wajahmu lagi,

Kini bicaramu lebih bahagia,
Tawamu terpancar ceria,
Senyummu penuh bermakna,
Nyanyian bernada indah,

Aku harus sedar kisah kita telah tamat,
Janji yang dilafaz tidak lagi terikat,
Langkah yang ku atur beransur pergi,
Berkelana aku seorang diri,
Memujuk hati yang kian sepi,
Sebelum ia terdampar mati,

Andai kamu tahu....
Setiap bait kataku berlagu sendu,
Andai kamu tahu....
Setiap kerdip tubir mataku menjurai pilu,
Andai kamu tahu....
Inilah harga yang perlu ku bayar untuk sebuah kebahagiaan buatmu.



Best regards,

Monday 2 April 2012

Pergilah Cinta....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Mengapa kamu pergi, saat ternyata cintaku mulai bersemi. Rindu untukmu yang sarat menjadi semakin berat. Apa ertinya semua ini? Apakah cintamu padaku hanya pura-pura, atau sememangnya aku yang buta.

Sungguh jiwa ini ingin menangis dan meronta, tapi aku tak bisa. Aku juga punya hati, ingin merasa dicintai dan disayangi. Apa dosaku, apa yang telah ku laku hingga kamu tergamak membiarkan perpisahan ini terjadi.

Walau hati ini inginkan kamu, kamu yang aku rindu. Kenyataan itu tidak bisa merubah apa-apa. Bisakah aku berlalu tanpa kamu di sisi. Namun bagaimana, aku harus gagah. Aku harus terus bernafas dan terus melangkah. Andai aku goyah lalu rebah, biarkan sahaja. Hidup yang luka memang begini, kadang tersungkur menyembah bumi.

Pergilah rindu, pergilah cinta. Aku begini bukan kerana aku benci. Tetapi hati ini telah terlalu perit untuk menahan sakit. Aku akan terus meniti hidupku yang kelam, bersama parut luka semalam.


Best regards,

Thursday 29 March 2012

Taman Impian....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Disebalik takdir yang menjelma baru aku sedari, siapakah diriku ini. Jika dari awal aku cermin diri, mungkin perkara sebegini tidak akan terjadi. Tetapi bagaimana, aku tak punya kuasa yang bisa memutar kembali roda dunia.

Denai yang terhampar untuk ku redahi, kini kian berduri. Kerana cintamu tetap jua aku gagahi. Berbekal segala kenangan, aku jadikan harapan menuju ke taman impian.

Aku terima takdir dari yang Esa, yang telah menemukan kita dan akhirnya terpisah. Tidak mengapa, walau sembilu semakin menikam dada, hati pula semakin terluka. Akan aku tetap bertahan demi secebis perasaan.

Aku tenggelam dalam pelukkan rindu, ingin sekali aku meniti hari bersamamu. Aku tak mahu ianya menjadi sejarah cinta luka, diakhiri dengan air mata. Andai ada jodoh kita, kita akan bersama semula. Andai perpisahan yang akan aku terima.Benarkan aku simpan namamu di hati, biarkan sahaja aku terus begini.



Best regards,

Wednesday 28 March 2012

Maafkan Aku....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Maafkan aku....
kerana aku tak mampu 
melakar namamu di langit biru
namun, izinkan aku menyebut namamu
di setiap doaku

Maafkan aku....
andai aku tak mampu menjadi
apa yang di dambakan oleh mu
kerana aku telah berusaha
menjadi wanita yang lebih sempurna
tapi aku tak bisa
aku hanya wanita biasa

Maafkan aku....
jika kehadiran diriku mengganggu hidupmu
benarkanlah aku membawa bayangmu
di setiap lewat mimpiku

Semoga sahaja kamu akan akan bahagia
bersama insan yang kamu puja
setiap masa

Semoga sahaja di suatu hari 
kamu akan terpandang akan kehadiran
aku di situ
yang sedang sepi dan terus menanti


Best regards,

Tuesday 27 March 2012

Atas Nama Cinta....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Aku teringin untuk melihat satu tatap wajah. Wajah itu yang telah mengajar aku erti bahagia, wajah itu yang telah mengajarku sakitnya rindu. Wajah itu juga yang telah mengajarku bertapa manisnya cinta dan pahitnya bila kecewa.

Pergilah kasih, pergilah sayang. Doaku akan selalu mengiringi perjalananamu, kerana kebahagiaan untukmu juga menjadi bahagia untukku. Walaupun kenyataannya payah untuk aku terima, namun aku perlu tabah dan rela. Membiarkan kamu berlalu mencari kebahagiaanmu, dan ternyata kebahagiaan kamu bukan bersamaku.

Tiada sedikit pun sesalku dari bertahan untuk setia padamu. Walau di akhir jalan aku harus melepaskan....

Andai kebahagiaan yang kamu cari tidak kamu ketemu, ku pohon. Pulanglah ke pangkuan aku, kerana aku pasti akan menerimanya.

Atas nama cinta, aku persembahkan hatiku hanya padamu.Dan atas nama cinta, aku telah merelakan kecewa itu, kerana aku harus mengerti mencintai tidak mesti memiliki....

Andai sahaja kamu fahami, mengapa aku tetap di sini menanti walau telah kamu lukai.



Best regards,

Warkah Buatmu.... (Mr.Q)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Atas limpah kasihNya, aku berkesempatan mencoret gurindam jiwa buatmu.

Salam kerinduan buatmu wahai kasih.

Kasih,
Saat ku lakar warkah ini, hatiku sarat dengan rasa rindu padamu. Sungguh, aku rindu kemesraanmu, aku rindu dengan kemanisan tutur katamu, aku rindu dengan nasihat yang kamu curah saban waktu. Mungkinkah kamu juga begitu, atau kamu telah melupakan aku.

Kasih,
Apakah kamu masih ingat, yang kamu pernah menduduki tempat ketiga dalam hatiku. Lantas kamu merasa kecewa. Maafkan aku kasih, aku tidak mampu mengangkatmu hingga di kedudukan pertama. Kerana tempat itu telahku isi dengan insan yang lebih istimewa iaitu rasul kita. Bukan ku tidak mahu memberi kamu kedudukan kedua. Namun aku tidak bisa, kerana aku telah terhutang budi padanya dan kerana cintanya juga aku wujud di dunia.

Kasih,Jutaan terima kasih buatmu, aku utus bersama warkah ku yang hina. Terima kasih atas kesudianmu mengutip aku dari lembah duka. Terima kasih kerana memberikan aku sinar kebahagian yang baru. Terima kasih juga kerana memberi aku kesempatan merasa kemanisan kasih darimu, sebelum kamu menghumban aku semula ke sana. Tidak mengapa kasih, aku tidak pernah menyalahkan kamu dan aku tidak pernah membenci kamu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu pertemuan terakhir kita. Ku pohon kemaafan darimu, di atas setiap kesalahan yang telah ku laku, maafkan aku juga kerana tidak bisa membalas segala jasa baikmu padaku. Akan ku rangkai doa untuk kebahagiaanmu, itu sahaja yang aku termampu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu adalah kali terakhir untukku mendengar suara kamu. Ku ingin kamu tahu, sesungguhnya aku amat rindu untuk mendengar lagi suara itu.

Kasih,
Andai sahaja pujukkan dan gurauan itu juga yang terakhir kali untukku. Ketahuilah aku tidak pernah lupa hari itu.

Kerana aku sentiasa ingat pada pesanan mu. Andai kita tidak lagi diperlukan dalam hidup seseorang itu. Tiada guna walau dirayu dengan air mata. Kerana apabila tiba saatnya kita perlu melangkah jua. Namun ketahuilah wahai kasihku, aku akan sentiasa di sini untuk menanti....



Best regards,

Sunday 25 March 2012

Jika Ku Harus Bermimpi....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


        Keluhan yang telah sarat ku lepas bernada berat. Terukir seribu kisah luka di setiap relung duka yang bisa mengalirkan selaut air mata.

     Siapa yang kisah????

     Harapan yang tawar ku biar, akan ku semat di sanubari agar wujudnya tidak pudar. Aku sedar aku telah tersasar, kerana hukum alam jua telah mennyata, mencintai tidak semestinya memiliki.

     Aku bahagia begini. Aku rela menanti dari membiarkan cinta itu pergi.

     Aku akui dan aku tahu kentayaan yang sebenarnya, Tetapi harus bagaimana, hati ini tidak mampu untuk menerima.

     Jika ku harus bermimpi untuk memilikimu, Jangan pernah sedarkan aku dari mimpi indahku. Jika aku harus bermimpi untuk dapat memandangmu, jangan pernah meminta aku dari lelap mimpiku. Hanya di hatimulah tempat terindah untuk ku semayamkan seluruh jiwa ku. Aku ketemu cinta terindah darimu, meski tidak engkau sedari.....



   Best regards,

Friday 23 March 2012

Cinta Datang Dan Pergi....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



      Usai sudah kisah cinta, habis segala madah indah untuk diluah. Hanya perit yang semakin merumit.

     Cinta datang jua pergi, silih berganti. Itu sudah pasti ujian dari Ilahi. Mereka kata cinta itu tiba di saat jiwa kita sepi, kosong yang perlu diisi. Perginya umpama mimpi ngeri. Cinta bukan seindah apa yang kita impi ke langit tinggi.

     Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, sebelum Allah temukan kita dengan orang yang betul....

     Memang mudah mengungkap cinta dalam kata tanpa memberi apa-apa makna dan tanpa dikota. Sehingga kita termakan dengan kata cinta hanya di lidah. Lantas apakah perlu diratapi cinta yang tidak bermaya, kerana hakikatnya cinta bukan di tangan manusia.

     Cinta bukan agung untuk kita puja, tidak pula semanis seperti yang kita sangka. Kadang sesuatu yang manis juga akan menjadi racun yang berbisa di akhirnya.

     Kita seharusnya mengerti, kita telah disatukan atas nama cinta dan kehendakNya. Terimalah di saat ia datang, dan relakan juga saat ia pergi....



Best regards,

Wednesday 21 March 2012

Biarku Simpan Rindu Ini Di Hati....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



     Langkah ku terhenti di sini, setelah sekian lama mengejar cinta sejati. Bukan bermakna aku ingin berundur dan mengalah. Tetapi aku harus berhenti untuk merawat jiwa yang terluka. Andai ku teruskan, ku bimbang jiwa ini akan mati sebelum tamat perjalanan nanti.

     Disebalik luka yang mengeluarkan darah yang tak berwarna, tercipta cerita dari sebuah derita. Siapa yang peduli pada kisah kita, siapa yang tahu pada peritnya rasa. Lantas itu, diri ini semakin tersudut sendiri memujuk hati yang semakin sepi.

     Cinta seperti matahari, ia akan tetap bercahaya. Walaupun malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi. Kadang gerhana terjadi, tetapi dia akan tetap kembali....
.
     Biar ku simpan rindu ini di hati, agar kamu tidak membenci. Akan ku tunggu saat terbuka pintu hatimu, walau hingga ke akhir nafas ku.



Best regards,

Tuesday 20 March 2012

Jom Join Bloglist Ben Ashaari.... Cepat

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Salam perkenalan. Syida nak ucapkan terima kasih kepada abg ben kerana sudi bagi syida join segmen Jom Join Bloglist Ben Ashaari....Cepat, juga buat rakan-rakan blogger yang lain.

Nama blog syida Bagaimana Dengan Jiwa Ini. Syida bina blog ni bukan untuk mengejar nama, blog ini sekadar memaparkan hasil karya dan isi hati syida kepada seseorang. Juga untuk perkogsian pada mereka yang senasib dengan syida. Di blog ini juga syida selitkan sedikit unsur-unsur agama, kerana Rasulallah s.a.w pernah berpesan. Maksudnya, "Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat."

Syida berharap sangat suatu hari nanti Mr.Q akan membaca segala luahan hati syida. Semoga dia tahu dalamnya sayang syida pada dia, walaupun dia tak pernah perdulikan perasaan syida. Semoga sahaja dia menjadi Imam untuk syida dan anak-anak syida di dunia dan akhirat. Amin....



Best regards,

Monday 19 March 2012

Temukan Aku Dalam Istikharahmu....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
“Salah satu dari kebahagiaan anak Adam adalah menyerahkan pilihannya kepada Tuhan-Nya, dan keridhaannya terhadap ketentuan. Dan salah satu kesengsaraan Bani Adam adalah meninggalkan istikharahnya kepada Allah ta’ala dan membenci setelah adanya ketentuan.” (HR Abu Asy-Syaikh Ibnu Hibban, Al-Ashbahani dan Al-Bazzar)....


     Apakah kamu tulang rusuk yang ditugaskan utuk melindungi dan menyayangi daku. Mengapa mesti ada perasaan curiga saat kita ketemu cinta.

     Dalam keheningan malam ku dampar rasa hati pada Ilahi. Agar perasaan curiga yang membelenggu hati berlalu pergi. Ku pohon satu tatapan bayangan ajar kita tidak salah memilih jalan.

     Wahai kasihku, temukan aku dalam istikharahmu, kerana aku juga sedang mencarimu dalam istikharahku.

     Andai jawapannya telah kamu ketemu, dan ternyata daku sebahagian dari tulang rusukmu. Ambillah daku, nikahilah daku, agar daku halal untukmu. Pandulah aku meniti jalan Ilahi agar kita akan tetap bersama suatu hari nanti.

     Andai yang muncul diistikharahmu bukan seperti anganmu. Janganlah kamu berpaling dan terus berlalu meninggalkan daku dalam pilu.

     Marilah kita bersama-sama merangkai kata kepada yang Esa. Sesungguhnya Dia sentiasa mendengar setiap permintaan hamba-hambanya tanpa disia-sia.

     Apabila kamu menutup mata dari melihat orang yang paling kamu cintai, cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dalam hatimu untuk jangka masa yang cukup lama....



Best regards,

Sunday 18 March 2012

Awak Suami Soleh....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
 10 Sifat Calon Suami Yang Baik....


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. 




Best regards,