Pages

Thursday 29 March 2012

Taman Impian....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Disebalik takdir yang menjelma baru aku sedari, siapakah diriku ini. Jika dari awal aku cermin diri, mungkin perkara sebegini tidak akan terjadi. Tetapi bagaimana, aku tak punya kuasa yang bisa memutar kembali roda dunia.

Denai yang terhampar untuk ku redahi, kini kian berduri. Kerana cintamu tetap jua aku gagahi. Berbekal segala kenangan, aku jadikan harapan menuju ke taman impian.

Aku terima takdir dari yang Esa, yang telah menemukan kita dan akhirnya terpisah. Tidak mengapa, walau sembilu semakin menikam dada, hati pula semakin terluka. Akan aku tetap bertahan demi secebis perasaan.

Aku tenggelam dalam pelukkan rindu, ingin sekali aku meniti hari bersamamu. Aku tak mahu ianya menjadi sejarah cinta luka, diakhiri dengan air mata. Andai ada jodoh kita, kita akan bersama semula. Andai perpisahan yang akan aku terima.Benarkan aku simpan namamu di hati, biarkan sahaja aku terus begini.



Best regards,

Wednesday 28 March 2012

Maafkan Aku....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Maafkan aku....
kerana aku tak mampu 
melakar namamu di langit biru
namun, izinkan aku menyebut namamu
di setiap doaku

Maafkan aku....
andai aku tak mampu menjadi
apa yang di dambakan oleh mu
kerana aku telah berusaha
menjadi wanita yang lebih sempurna
tapi aku tak bisa
aku hanya wanita biasa

Maafkan aku....
jika kehadiran diriku mengganggu hidupmu
benarkanlah aku membawa bayangmu
di setiap lewat mimpiku

Semoga sahaja kamu akan akan bahagia
bersama insan yang kamu puja
setiap masa

Semoga sahaja di suatu hari 
kamu akan terpandang akan kehadiran
aku di situ
yang sedang sepi dan terus menanti


Best regards,

Tuesday 27 March 2012

Atas Nama Cinta....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Aku teringin untuk melihat satu tatap wajah. Wajah itu yang telah mengajar aku erti bahagia, wajah itu yang telah mengajarku sakitnya rindu. Wajah itu juga yang telah mengajarku bertapa manisnya cinta dan pahitnya bila kecewa.

Pergilah kasih, pergilah sayang. Doaku akan selalu mengiringi perjalananamu, kerana kebahagiaan untukmu juga menjadi bahagia untukku. Walaupun kenyataannya payah untuk aku terima, namun aku perlu tabah dan rela. Membiarkan kamu berlalu mencari kebahagiaanmu, dan ternyata kebahagiaan kamu bukan bersamaku.

Tiada sedikit pun sesalku dari bertahan untuk setia padamu. Walau di akhir jalan aku harus melepaskan....

Andai kebahagiaan yang kamu cari tidak kamu ketemu, ku pohon. Pulanglah ke pangkuan aku, kerana aku pasti akan menerimanya.

Atas nama cinta, aku persembahkan hatiku hanya padamu.Dan atas nama cinta, aku telah merelakan kecewa itu, kerana aku harus mengerti mencintai tidak mesti memiliki....

Andai sahaja kamu fahami, mengapa aku tetap di sini menanti walau telah kamu lukai.



Best regards,

Warkah Buatmu.... (Mr.Q)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Atas limpah kasihNya, aku berkesempatan mencoret gurindam jiwa buatmu.

Salam kerinduan buatmu wahai kasih.

Kasih,
Saat ku lakar warkah ini, hatiku sarat dengan rasa rindu padamu. Sungguh, aku rindu kemesraanmu, aku rindu dengan kemanisan tutur katamu, aku rindu dengan nasihat yang kamu curah saban waktu. Mungkinkah kamu juga begitu, atau kamu telah melupakan aku.

Kasih,
Apakah kamu masih ingat, yang kamu pernah menduduki tempat ketiga dalam hatiku. Lantas kamu merasa kecewa. Maafkan aku kasih, aku tidak mampu mengangkatmu hingga di kedudukan pertama. Kerana tempat itu telahku isi dengan insan yang lebih istimewa iaitu rasul kita. Bukan ku tidak mahu memberi kamu kedudukan kedua. Namun aku tidak bisa, kerana aku telah terhutang budi padanya dan kerana cintanya juga aku wujud di dunia.

Kasih,Jutaan terima kasih buatmu, aku utus bersama warkah ku yang hina. Terima kasih atas kesudianmu mengutip aku dari lembah duka. Terima kasih kerana memberikan aku sinar kebahagian yang baru. Terima kasih juga kerana memberi aku kesempatan merasa kemanisan kasih darimu, sebelum kamu menghumban aku semula ke sana. Tidak mengapa kasih, aku tidak pernah menyalahkan kamu dan aku tidak pernah membenci kamu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu pertemuan terakhir kita. Ku pohon kemaafan darimu, di atas setiap kesalahan yang telah ku laku, maafkan aku juga kerana tidak bisa membalas segala jasa baikmu padaku. Akan ku rangkai doa untuk kebahagiaanmu, itu sahaja yang aku termampu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu adalah kali terakhir untukku mendengar suara kamu. Ku ingin kamu tahu, sesungguhnya aku amat rindu untuk mendengar lagi suara itu.

Kasih,
Andai sahaja pujukkan dan gurauan itu juga yang terakhir kali untukku. Ketahuilah aku tidak pernah lupa hari itu.

Kerana aku sentiasa ingat pada pesanan mu. Andai kita tidak lagi diperlukan dalam hidup seseorang itu. Tiada guna walau dirayu dengan air mata. Kerana apabila tiba saatnya kita perlu melangkah jua. Namun ketahuilah wahai kasihku, aku akan sentiasa di sini untuk menanti....



Best regards,

Sunday 25 March 2012

Jika Ku Harus Bermimpi....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


        Keluhan yang telah sarat ku lepas bernada berat. Terukir seribu kisah luka di setiap relung duka yang bisa mengalirkan selaut air mata.

     Siapa yang kisah????

     Harapan yang tawar ku biar, akan ku semat di sanubari agar wujudnya tidak pudar. Aku sedar aku telah tersasar, kerana hukum alam jua telah mennyata, mencintai tidak semestinya memiliki.

     Aku bahagia begini. Aku rela menanti dari membiarkan cinta itu pergi.

     Aku akui dan aku tahu kentayaan yang sebenarnya, Tetapi harus bagaimana, hati ini tidak mampu untuk menerima.

     Jika ku harus bermimpi untuk memilikimu, Jangan pernah sedarkan aku dari mimpi indahku. Jika aku harus bermimpi untuk dapat memandangmu, jangan pernah meminta aku dari lelap mimpiku. Hanya di hatimulah tempat terindah untuk ku semayamkan seluruh jiwa ku. Aku ketemu cinta terindah darimu, meski tidak engkau sedari.....



   Best regards,

Friday 23 March 2012

Cinta Datang Dan Pergi....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



      Usai sudah kisah cinta, habis segala madah indah untuk diluah. Hanya perit yang semakin merumit.

     Cinta datang jua pergi, silih berganti. Itu sudah pasti ujian dari Ilahi. Mereka kata cinta itu tiba di saat jiwa kita sepi, kosong yang perlu diisi. Perginya umpama mimpi ngeri. Cinta bukan seindah apa yang kita impi ke langit tinggi.

     Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, sebelum Allah temukan kita dengan orang yang betul....

     Memang mudah mengungkap cinta dalam kata tanpa memberi apa-apa makna dan tanpa dikota. Sehingga kita termakan dengan kata cinta hanya di lidah. Lantas apakah perlu diratapi cinta yang tidak bermaya, kerana hakikatnya cinta bukan di tangan manusia.

     Cinta bukan agung untuk kita puja, tidak pula semanis seperti yang kita sangka. Kadang sesuatu yang manis juga akan menjadi racun yang berbisa di akhirnya.

     Kita seharusnya mengerti, kita telah disatukan atas nama cinta dan kehendakNya. Terimalah di saat ia datang, dan relakan juga saat ia pergi....



Best regards,

Wednesday 21 March 2012

Biarku Simpan Rindu Ini Di Hati....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



     Langkah ku terhenti di sini, setelah sekian lama mengejar cinta sejati. Bukan bermakna aku ingin berundur dan mengalah. Tetapi aku harus berhenti untuk merawat jiwa yang terluka. Andai ku teruskan, ku bimbang jiwa ini akan mati sebelum tamat perjalanan nanti.

     Disebalik luka yang mengeluarkan darah yang tak berwarna, tercipta cerita dari sebuah derita. Siapa yang peduli pada kisah kita, siapa yang tahu pada peritnya rasa. Lantas itu, diri ini semakin tersudut sendiri memujuk hati yang semakin sepi.

     Cinta seperti matahari, ia akan tetap bercahaya. Walaupun malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi. Kadang gerhana terjadi, tetapi dia akan tetap kembali....
.
     Biar ku simpan rindu ini di hati, agar kamu tidak membenci. Akan ku tunggu saat terbuka pintu hatimu, walau hingga ke akhir nafas ku.



Best regards,

Tuesday 20 March 2012

Jom Join Bloglist Ben Ashaari.... Cepat

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Salam perkenalan. Syida nak ucapkan terima kasih kepada abg ben kerana sudi bagi syida join segmen Jom Join Bloglist Ben Ashaari....Cepat, juga buat rakan-rakan blogger yang lain.

Nama blog syida Bagaimana Dengan Jiwa Ini. Syida bina blog ni bukan untuk mengejar nama, blog ini sekadar memaparkan hasil karya dan isi hati syida kepada seseorang. Juga untuk perkogsian pada mereka yang senasib dengan syida. Di blog ini juga syida selitkan sedikit unsur-unsur agama, kerana Rasulallah s.a.w pernah berpesan. Maksudnya, "Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat."

Syida berharap sangat suatu hari nanti Mr.Q akan membaca segala luahan hati syida. Semoga dia tahu dalamnya sayang syida pada dia, walaupun dia tak pernah perdulikan perasaan syida. Semoga sahaja dia menjadi Imam untuk syida dan anak-anak syida di dunia dan akhirat. Amin....



Best regards,

Monday 19 March 2012

Temukan Aku Dalam Istikharahmu....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
“Salah satu dari kebahagiaan anak Adam adalah menyerahkan pilihannya kepada Tuhan-Nya, dan keridhaannya terhadap ketentuan. Dan salah satu kesengsaraan Bani Adam adalah meninggalkan istikharahnya kepada Allah ta’ala dan membenci setelah adanya ketentuan.” (HR Abu Asy-Syaikh Ibnu Hibban, Al-Ashbahani dan Al-Bazzar)....


     Apakah kamu tulang rusuk yang ditugaskan utuk melindungi dan menyayangi daku. Mengapa mesti ada perasaan curiga saat kita ketemu cinta.

     Dalam keheningan malam ku dampar rasa hati pada Ilahi. Agar perasaan curiga yang membelenggu hati berlalu pergi. Ku pohon satu tatapan bayangan ajar kita tidak salah memilih jalan.

     Wahai kasihku, temukan aku dalam istikharahmu, kerana aku juga sedang mencarimu dalam istikharahku.

     Andai jawapannya telah kamu ketemu, dan ternyata daku sebahagian dari tulang rusukmu. Ambillah daku, nikahilah daku, agar daku halal untukmu. Pandulah aku meniti jalan Ilahi agar kita akan tetap bersama suatu hari nanti.

     Andai yang muncul diistikharahmu bukan seperti anganmu. Janganlah kamu berpaling dan terus berlalu meninggalkan daku dalam pilu.

     Marilah kita bersama-sama merangkai kata kepada yang Esa. Sesungguhnya Dia sentiasa mendengar setiap permintaan hamba-hambanya tanpa disia-sia.

     Apabila kamu menutup mata dari melihat orang yang paling kamu cintai, cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dalam hatimu untuk jangka masa yang cukup lama....



Best regards,

Sunday 18 March 2012

Awak Suami Soleh....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
 10 Sifat Calon Suami Yang Baik....


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. 




Best regards,

Thursday 15 March 2012

Demi Secebis Janji....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Ada kalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekdar ketawa.....



           Penantian demi penantian kita layarkan, mengukir seribu kesabaran dibalik sebuah penyiksaan. Bersama segunung harapan kita hamparkan untuk menanti, saat terkabulnya secebis janji yang pernah diberi.

        Mengapa perlu ditahan tangisan sengsara, biarkan ia mengalir meluah segala duka. Terkadang cinta membuatkan hati menjadi bisu, minda menjadi buta. Akal pula seringkali dipaksa membohongi jiwa. Kadang juga, kita malu untuk meluahkan rasa dan takut untuk berkongsi kisah jiwa. Lalu dipendam menjadi bara yang membakar dada.

        Lantas dalam sepi kita membawa diri, pergi dari alam realiti untuk memujuk sekeping hati.

       Kesunyian itu terlalu indah untuk ditinggali, dan terbina satu kebahagiaan dari air mata. Sehingga kita merasa seolah lebih bahagia dengan cara begini, agar dapat terus berlari mengejar sebuah mimpi yang tak pasti.

        Kadang kita tersungkur menyembah bumi, lalu separuh jiwa kita pergi. Bersama sendu yang bergema kita kutip kembali kepingan hati yang tidak lagi berseri.

                                Kala rindu sarat di dada                                                                                  
                               Titisan syahdu jadi sahabat setia                                                                
                               Andai sedetik engkau rasai apa yang ku lalui                                          
                               Apakah engkau akan bertahan menanti....                                                                 






Best regards,

Wednesday 14 March 2012

Ben Ashaari Ajak Kongsi Cerita Cuti Sekolah....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>




                                                                   
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam perkenalan dari Syida buat semua dan top blogger Abg Ben. Tak sangka Abg Ben buka topic cuti sekolah, ramai yang ceritakan kisah cuti sekolah mereka.

Masa musim cuti sekolah dulu Syida biasanya duduk rumah je, Tak pergi mana-mana pun. Sebab arwah ayah Syida kerja, tak dapa cuti. Kawan-kawan Syida selalunya akan balik kampung nenek mereka. Tapi Syida takde kampung.
 sob...sob...sob... tu yang dudk kat umah je.

De jugak Syida tanya arwah ayah Syida, "Ayah, kita tak balik kampung ke?". Sambil tersenyum ayah Syida jawab "Ni kan kampung kita, kita nak balik kampung mana lagi.".

 Walaupun mulanya Syida rasa kecewa dengan jawapan arwah ayah, tapi okay je. Memang kadang-kadang Syida cemburu tengok orang balik kampung. Tapi nak buat macam mana redha je la. Syida rindu arwah ayah, rindu sangat-sangat. Al-Fatihah.

Tapi sekarang berbeza denga musim sekolah dulu, dulu kalau cuti sekolah tu cuma ada Pak Guard and hantu je. Tapi sekarang cuti sekolah pun macam hari sekolah biasa.



Best regards,

Tuesday 13 March 2012

Dimana Kebahagiaan Itu....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Kebahagiaan bukan dicari, kerana bahagia tiada punya tempat atau alamat..

..tetapi ia perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya..Pejamkan mata, dan fikir yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup beribadah padaNYA.

Percayalah, akan ada sinar bahagia menyinari jika kita rasa hidup ini bukan hnya untuk kepuasan diri, tetapi untuk mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti pada sesama insan di duniawi sementara ini.

Ujian bukan sebab untuk kita rasa kecewa dan bersedih sepanjang masa, kerana dengan masalah kita matang menyelesaikannya, dengan ujian kita tabah hadapinya. Hidup ini tak lama jangan bazirkan dengan air mata. Seminit kita bersedih kita dah bazirkan 60 saat untuk rasa bahagia! 
 
Redha dengan ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat – sifat Allah s.w.t seperti Maha Pengasih (al – Rahman), Maha Penyayang (al – Rahim), Maha Bijaksana (al – Hakim) dan Maha Mengatahui ( al – Amin). 

Ia menyakini  bahawa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas jika dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.

Dan kerana sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meskipun ketentuan itu kadang terasa pahit.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengatahui, sedang kamu tidak mengatahui.” (Surah al – Baqarah 2:216).....

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan. Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang… Anda juga pernah merasa begitu? 

Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.
Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. 

 
Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka.....




sumber : Diari Hati
Best regards,

Monday 12 March 2012

Jangan Kamu Bersedih Wahai Hatiku....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Jangan sedih bila orang lain tidak memahami kita….
Tapi sedihlah kerana kita tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai kita….
Tapi sedihlah kerana kita tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kita....
Tapi sedihlah kerana kita belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai kita….
Tapi sedihlah kerana kita pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…


Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih….
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram….
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa….
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama oanrg yang bersabar….


Ketahuilah....

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia….
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih….
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja....
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk bergayut di telefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....

 


sumber : Halaqah dan Diari Hati
 Best regards,