Pages

Thursday 19 April 2012

CERPEN : Cinta Sampai Mati

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

 
            “Dulu, awak janji awak tak nak tinggalkan saya. Tapi kenapa sekarang awak mungkiri janji awak?” Soal Liyana sambil menguis pasir, pandangannya dicampak ke tengah laut yang sedikit bergelora.

            Ammar melepaskan satu keluhan berat. Wajah bidadari hatinya dipandang penuh kasih.

            “Awak tahu tak, saya sunyi bila awak tak ada. Saya rindu awak.” Liyana meneruskan bicara, air mata yang terbit di tubir matanya dibiarkan mengalir menyusuri pipi.

            Ammar tetap membisu. Tangan Liyana diraih, lalu diciumnya penuh syahdu. Dia mengerti apa yang dirasakan oleh gadis itu. Dia juga merasa penderitaan yang sama. Namun apakan daya, mereka berada di dunia yang berbeza.

            “Janganlah menangis. Saya tak suka tengok awak sedih-sedih macam ni.” Ujar Ammar sambil menyeka air mata Liyana yang masih deras mengalir.

            Hati Liyana sedikit tenang dengan pujukkan Ammar. Kepalanya dilabuhkan ke dada lelaki itu.

            Rambut Liyana dibelai lembut.

            “Listen to me, sayang. Kita tak boleh macam dulu lagi.” Jelas Ammar.

            Liyana pantas bangun, pandangan dicampakkan kembali ke tengah laut. Suasana senja menambah lagi pilu di hatinya.

            “Awak bukan Ammar yang saya kenal dulu. Saya benci awak.” 

            Serba salah Ammar jadinya. Tubuh Liyana dipeluk dari belakang. Terasa hangat tubuh gadis kesayangannya itu.

            “Awak nak ikut saya?” Soal Ammar sambil meleraikan pelukkannya, tangan Liyana diraih kembali. 

            Liyana mengangguk tanpa kata.

            “Awak tak menyesal?” Ammar menyoal lagi.

            Liyana menggeleng.

            “Pejam mata awak.” Arah Ammar.

            “Liyana….” Panggil Puan Salmah, ibu Liyana.

            Perlahan-lahan Liyana membuka mata. Dia memandang sekeliling. Suasana pantai yang tenang, hilang dalam sekelip mata. Begitu juga dengan Ammar.

            “Ammar…. Ammar….” Teriak Liyana.  

            Wajah-wajah di kelilingnya diamati. Namun, tiada lansung kelibat Ammar kelihatan.

            “Sabarlah, nak. Ammar dah tak ada.” Pujuk Puan Salmah.

            “Tipu, tadi Liyana jumpa Ammar mak.” Jawab Liyana tersedu-sedu sambil menepuk dadanya.

            “Tu mimpi.” Kata shafina, teman baiknya cuba memujuk.

            “Liyana, janganlah macam ni. Kami risaukan awak.”  
     
Rambut Liyana diusap penuh simpati.

            “Ammar dah tak ada.” Perlahan bicaranya.

            Liyana menolak tubuh Shafina yang berada di sisi. Perasaan benci terhadap teman baiknya itu, tiba-tiba saja meluap.

            “Kau pergi, aku tak nak tengok muka kau.” Teriak Liyana berang.

            “Istighfar, nak” Puan Salma memujuk lagi.

            “Keluar…. Kenapa semua orang nak tipu aku.” Pekik Liyana. 

            “Keluar….” Pekiknya lagi seperti dirasuk.

            Semua yang berada di dalam bilik itu melangkah keluar, pantas Liyan mengunci pintu.
            Puan Salmah teresak-esak menangis di luar bilik. Saudara maranya yang tiba sejak pagi tadi berusaha menenangkan Puan Salmah.

            “Sabarlah,kak. Mungkin Liyana belum boleh terima lagi berita ni.” Ujar Long Esah sambil mengusap-usap belakang Puan Salmah. 
          
            “Dia masih terkejut agaknya.” Sambung Long Esah.

            ‘Prraaangg’. 

             Liyana memecahkan cermin solek. Serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai dikutip. Pergelangan tangannya dihiris sehingga darah keluar membuak-buak.

            Beberapa minit kemudian pintu bilik Liyana berjaya dipecahkan dari luar. Imran yang berada di hadapan sekali tergamam melihat keadaan sepupunya yang terbaring lemah.

            Puan Salmah berlari mendapatkan anak gadisnya.

            “Kenapa buat mak macam ni, Liyana. Ya Allah. Anak aku, Ya Allah.” Rintih Puan Salmah.

            “Liyana nak ikut Ammar, mak. Ammar dah tunggu Liyana.” Ucap Liyana terketar-ketar.
            Shafina berada di luar menangis teresak-esak. Dia tidak berani masuk, kerana dia amat takut dengan darah.

            “Jangan cakap macam tu, nak. Istghfar banyak-banyak.” Rintih Puan Salmah lagi.

            “Jangan risau, mak jaga diri ya.” Pintas Liyana sambil mengusap pipi Puan Salmah dengan tangannya yang berlumuran darah.

            “Cepat angkat masuk kereta.” Arah Borhan kepada sepupunya Imran.

            Lantas tubuh lemah Liyana diangkat dari Puan Salmah dan terus menuju ke kereta yang telah bersedia untuk bergerak. Puan Salmah mengekori Imran dari belakang. Wajahnya sudah basah dengan air mata bercampur darah Liyana.

            Namun apakan daya, ajal yang dicari berkunjung tiba akhirnya. Liyana telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa dalam perjalanannya ke hospital.


Best regards,

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sgt2 hebat.

    ReplyDelete
  3. Jika endingnya diubah sedikit, maybe much better.
    Anyway teruskan berkarya.
    Ini adalah satu permulaan yang baik.

    ReplyDelete
  4. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete

Silalah Komen, Jika Sudi!!!! ^_^v