Pages

Thursday, 8 March 2012

11 Golongan Yang Didoa Oleh Malaikat....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

 

 Firman Allah s.w.t :

Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka, dan mereka membuat apa jua perintah oleh-NYA.

                                                                                                                   (Surah At Tahrim: 66) 

 Malaikat merupakan mahluk paling taat kepada Allah s.w.t dan menjadi pembantu serta pasukan setia, kedudukannya paling dekat dengan Allah s.w.t, para malaikat tidak pernah segan-segan untuk mendoakan manusia.

Namun adakah kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat????

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
  Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.“

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
  Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
  Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…”

10. Orang yang sedang makan sahur. 
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”




Best regards,

Tuesday, 6 March 2012

Siapa Suami Kita di Akhirat....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

 Rasullullah SAW bersabda:
 "Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

 Rasullullah SAW bersabda:
"wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir"



                                   Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah




Best regards,

Monday, 5 March 2012

Cinta selepas kahwin lebih indah....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
اللّهِ وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ
Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).


Cinta itu sesuci embun  pagi, jangan kita kotorinya dengan debu yang bebas berterbangan.
Jagalah ia sebaiknya, kerana ia pemberian Allah s.w.t yang tidak ternilai.

Menjadi lumrah pada diri kita untuk jatuh hati dan bercinta. Namun, kita yang mencorakkannya mengikut landasan syariat yang benar agar tidak terjerumus ke kancah maksiat. Ada pasangan yang bercinta dan bahagia pada akhirnya, ada juga yang telah bertahun-tahun bercinta dan putus ditengah jalan. 'Langit tidak selalunya cerah, kadangkala ada hujan yang turun mencuci luka.'

Bercinta selepas kahwin lebih indah, kerana ia lebih kurang risikonya berbanding bercinta sebelum berkahwin. Kulit kita halal untuk disentuh oleh lelaki yang telah menjadi suami kita. Memang benar ada yang mengatakan bercinta sebelum kahwin juga boleh bersentuhan, tetapi haram hukumnya. Cinta yang halal di sisi Allah s.w.t lebih bertahan lama berbanding cinta yang berlandaskan nafsu. Banyak bukti yang dapat kita kita lihat, sebagai contoh agung Rasulallah s.a.w, cara kehidupan baginda harus dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.  

Ramai dari kalangan kita yang menjadi buta kerana cinta, bukan kerana cinta
itu buta. Kita menjadi buta dalam menilai sesuatu tindakkan yang kita ambil sewaktu bercinta. Pada kita semuanya indah belaka, sehingga terlupa batas-batasnya. 

Kadangkala di antara kita ada yang takut tidak untuk hidup membujang sepanjang umurnya, bimbang dirinya menjadi bahan umpatan dan ejekkan masyarakat, lantas kita memilih untuk bercinta. Sebenarnya kita tersilap, sedangkan pasangan kita telah tercatat di Luh Mahfuz sejak azali. Mengapa kita perlu bimbamg untuk hidup membujang, kerana Allah s.w.t sentiasa ada untuk kita bergantung harap.






Best regards,

Rangkaian kata untuk bakal imamku....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم

يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا  
اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا


(1) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu 
 (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Ku rangkai sebaris kata buatmu yang telah tercatat untukku di Luh Mahfuz sejak azali. Aku sering tertanya-tanya siapakah gerangan dirimu. Apakah kau sedang berada di sisiku, atau kau berada jauh dariku. Pernahkah kita bertemu? Atau mungkin kita pernah bersama dan terpisah, akhirnya bertemu untuk bersama semula.

Wahai insan yang tercipta untukku, akulah tulang rusukmu yang telah hilang. Aku ingin menjadi bidadarimu apabila kamu berada di syurga kelak. Jadi, bimbinglah aku meniti jalan yang diredhai-Nya.

Wahai insan yang tercipta untukku, kamu telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi imam buatku dan buat anak-anakku. Aku berjanji akan sentiasa berasa di sismu agar kamu bisa menjadi pemimpin dan pendidik buatku dan anak-anakku. Agar di suatu masa mereka akan menjadi anak soleh dan solehah, yang menjunjung tinggi agama Allah s.w.t, dan menjadi anak kebangaan buat kita di dunia dan di akhirat.
“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”


Wahai insan yang tercipta untukku, cintailah aku apa adanya. Lengkapilah segala kekurangan yang ada di dalam diriku dengan penuh kebijaksanaanmu. Andai akau tersalah, tegurlah aku dengan kata-kata dan nada yang lembut, agar aku tidak terasa hati. Andai aku marah, belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu, agar aku tidak terkasar denganmu.

Wahai insan yang tercipta untukku, imamku. Bawalah aku dan anak-anakku meniti keredhaan-Nya. Agar kita bisa kembali bersatu di syurga.




Best regards,

Sunday, 4 March 2012

Haruskah cinta itu pergi….

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah s.w.t” Adz Dzariyat : 49



Saat seisi dunia berbicara tentang manisnya cinta, kita menyepi sendiri di sudut alam meratapi kisah cinta, kerana kita sering terluka dan dilukai. Demi insan yang terlalu kita cintai, lantas kita memilih untuk terus disakiti.

Saban malam kita tatap wajah bulan nun jauh di awan, kerana kita tahu bulan sedang memerhatikan si dia. Lalu kita kirimkan salam pada sang bayu yang berlalu, bagi menyatakan rasa rindu kita kepada si dia. Kita tetap akan selalu begitu agar si dia tidak kesepian, meski kita tahu si dia tidak pernah mengharapkannya. 

Aku tidak pernah meminta agar kamu menyebut nama ku di setiap doa mu. Ku tahu ia amat sulit bagi mu. Cukuplah sekadar kamu tidak pernah lupa nama ku. Itu juga gembira bagi ku.

Seharusnya kita lebih sedar, di mana kita dalam hati si dia. Apakah si dia masih menerima kehadiran kita atau penerimaannya sekadar di bibir sahaja. 

Biarkanlah cinta itu pergi. Kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t. yang menentukan segala-galanya. Dari hati kita terus mati demi cinta, seharusnya kita merelakan episode cinta luka itu berlalu.

Bangkitlah wahai insan yang menderita kerana cinta. Percayalah sesungguhnya Allah s.w.t telah menyediakan sesuatu yang indah di hadapan kita. 

Walaupun kadangkala kita merasa kita tidak memerlukan semua itu, namun apabila setelah kita merasainya, barulah kita sedar bertuahnya kita. Bertapa besarnya kasih sayang dari-Nya untuk diri kita.

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari dan kita bersedi. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. 




Best regards,

Friday, 2 March 2012

Lukisan Kenangan Hati…..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Kadang kala ketika kita dalam kesunyian sering kali kenangan bersama orang yang kita cintai sering menjengah ke ruang kalbu. Dalam diam-diam ada juraian air mata yang menghiasi ruangan muka, sehingga kita terpaksa menolak untuk satu tatap wajah yang lain untuk bertandang di hati kita.

Amat perit untuk ditelan, tambahan pula kita tiada tempat untuk berkongsi kisah hati. Lantas segala lukisan kenagan hati disimpan sendiri jauh ke dalam jiwa.
Kita sering terfikir untuk merampas kembali tahta yang pernah kita rajai. Tapi apakah si dia akan membuka pintu hatinya kita lagi, setelah cinta yang pernah dijulangnya diusir pergi. Namun, hati kita selalu sahaja membatu di situ, dan berharap si dia akan kembali seperti dulu.

Kita terpesona dengan lakaran cinta yang si dia ukir dari barisan pelangi indah. Kita  leka dengan kemanisan yang tercalit di segenap sangkar cinta ciptaannya, hingga satu masa kita tersedar saat kekecewaan datang menjelma.




Best regards,

Bertahan Demi Secebis Rindu....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Kadang kala kita runsing dengan pilihan yang berada di hadapan kita. Bukan mudah untuk membuat keputusan yang bersangkut paut dengan hati dan jiwa. Mungkin ada yang terluka, juga mungkin ada yang merana. Saat cinta itu sepi, kita menjadi takut untuk melepaskannya pergi. Lantas kita genggam cinta yang tidak bermaya agar tidak berlalu dari hidup kita.

Hati kita tidak akan menyerah selagi mampu, lantas kita berpura-pura kuat dan membiarkan hati yang terluka menjadi semakin parah. Walhal jiwa kita sering meratap kepedihan, namun kita takut untuk melakukan sedikit pengorbanan demi kebahagian diri.


Dengan air mata dan sekeping hati yang sepi mengiringi langkahku pergi,

Aku tak mampu berlari untuk mengejar sebuah kenyataan yang tidak pasti,

Ku biar luka dalam dada menjadi parah,

Kerana ku perlu bertahan,

Bertahan demi merasai secebis rindu di sebalik bayangan jelmaan mu.



Best regards,