Pages

Tuesday, 27 March 2012

Warkah Buatmu.... (Mr.Q)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Atas limpah kasihNya, aku berkesempatan mencoret gurindam jiwa buatmu.

Salam kerinduan buatmu wahai kasih.

Kasih,
Saat ku lakar warkah ini, hatiku sarat dengan rasa rindu padamu. Sungguh, aku rindu kemesraanmu, aku rindu dengan kemanisan tutur katamu, aku rindu dengan nasihat yang kamu curah saban waktu. Mungkinkah kamu juga begitu, atau kamu telah melupakan aku.

Kasih,
Apakah kamu masih ingat, yang kamu pernah menduduki tempat ketiga dalam hatiku. Lantas kamu merasa kecewa. Maafkan aku kasih, aku tidak mampu mengangkatmu hingga di kedudukan pertama. Kerana tempat itu telahku isi dengan insan yang lebih istimewa iaitu rasul kita. Bukan ku tidak mahu memberi kamu kedudukan kedua. Namun aku tidak bisa, kerana aku telah terhutang budi padanya dan kerana cintanya juga aku wujud di dunia.

Kasih,Jutaan terima kasih buatmu, aku utus bersama warkah ku yang hina. Terima kasih atas kesudianmu mengutip aku dari lembah duka. Terima kasih kerana memberikan aku sinar kebahagian yang baru. Terima kasih juga kerana memberi aku kesempatan merasa kemanisan kasih darimu, sebelum kamu menghumban aku semula ke sana. Tidak mengapa kasih, aku tidak pernah menyalahkan kamu dan aku tidak pernah membenci kamu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu pertemuan terakhir kita. Ku pohon kemaafan darimu, di atas setiap kesalahan yang telah ku laku, maafkan aku juga kerana tidak bisa membalas segala jasa baikmu padaku. Akan ku rangkai doa untuk kebahagiaanmu, itu sahaja yang aku termampu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu adalah kali terakhir untukku mendengar suara kamu. Ku ingin kamu tahu, sesungguhnya aku amat rindu untuk mendengar lagi suara itu.

Kasih,
Andai sahaja pujukkan dan gurauan itu juga yang terakhir kali untukku. Ketahuilah aku tidak pernah lupa hari itu.

Kerana aku sentiasa ingat pada pesanan mu. Andai kita tidak lagi diperlukan dalam hidup seseorang itu. Tiada guna walau dirayu dengan air mata. Kerana apabila tiba saatnya kita perlu melangkah jua. Namun ketahuilah wahai kasihku, aku akan sentiasa di sini untuk menanti....



Best regards,

Sunday, 25 March 2012

Jika Ku Harus Bermimpi....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


        Keluhan yang telah sarat ku lepas bernada berat. Terukir seribu kisah luka di setiap relung duka yang bisa mengalirkan selaut air mata.

     Siapa yang kisah????

     Harapan yang tawar ku biar, akan ku semat di sanubari agar wujudnya tidak pudar. Aku sedar aku telah tersasar, kerana hukum alam jua telah mennyata, mencintai tidak semestinya memiliki.

     Aku bahagia begini. Aku rela menanti dari membiarkan cinta itu pergi.

     Aku akui dan aku tahu kentayaan yang sebenarnya, Tetapi harus bagaimana, hati ini tidak mampu untuk menerima.

     Jika ku harus bermimpi untuk memilikimu, Jangan pernah sedarkan aku dari mimpi indahku. Jika aku harus bermimpi untuk dapat memandangmu, jangan pernah meminta aku dari lelap mimpiku. Hanya di hatimulah tempat terindah untuk ku semayamkan seluruh jiwa ku. Aku ketemu cinta terindah darimu, meski tidak engkau sedari.....



   Best regards,

Friday, 23 March 2012

Cinta Datang Dan Pergi....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



      Usai sudah kisah cinta, habis segala madah indah untuk diluah. Hanya perit yang semakin merumit.

     Cinta datang jua pergi, silih berganti. Itu sudah pasti ujian dari Ilahi. Mereka kata cinta itu tiba di saat jiwa kita sepi, kosong yang perlu diisi. Perginya umpama mimpi ngeri. Cinta bukan seindah apa yang kita impi ke langit tinggi.

     Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, sebelum Allah temukan kita dengan orang yang betul....

     Memang mudah mengungkap cinta dalam kata tanpa memberi apa-apa makna dan tanpa dikota. Sehingga kita termakan dengan kata cinta hanya di lidah. Lantas apakah perlu diratapi cinta yang tidak bermaya, kerana hakikatnya cinta bukan di tangan manusia.

     Cinta bukan agung untuk kita puja, tidak pula semanis seperti yang kita sangka. Kadang sesuatu yang manis juga akan menjadi racun yang berbisa di akhirnya.

     Kita seharusnya mengerti, kita telah disatukan atas nama cinta dan kehendakNya. Terimalah di saat ia datang, dan relakan juga saat ia pergi....



Best regards,

Wednesday, 21 March 2012

Biarku Simpan Rindu Ini Di Hati....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



     Langkah ku terhenti di sini, setelah sekian lama mengejar cinta sejati. Bukan bermakna aku ingin berundur dan mengalah. Tetapi aku harus berhenti untuk merawat jiwa yang terluka. Andai ku teruskan, ku bimbang jiwa ini akan mati sebelum tamat perjalanan nanti.

     Disebalik luka yang mengeluarkan darah yang tak berwarna, tercipta cerita dari sebuah derita. Siapa yang peduli pada kisah kita, siapa yang tahu pada peritnya rasa. Lantas itu, diri ini semakin tersudut sendiri memujuk hati yang semakin sepi.

     Cinta seperti matahari, ia akan tetap bercahaya. Walaupun malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi. Kadang gerhana terjadi, tetapi dia akan tetap kembali....
.
     Biar ku simpan rindu ini di hati, agar kamu tidak membenci. Akan ku tunggu saat terbuka pintu hatimu, walau hingga ke akhir nafas ku.



Best regards,

Tuesday, 20 March 2012

Jom Join Bloglist Ben Ashaari.... Cepat

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Salam perkenalan. Syida nak ucapkan terima kasih kepada abg ben kerana sudi bagi syida join segmen Jom Join Bloglist Ben Ashaari....Cepat, juga buat rakan-rakan blogger yang lain.

Nama blog syida Bagaimana Dengan Jiwa Ini. Syida bina blog ni bukan untuk mengejar nama, blog ini sekadar memaparkan hasil karya dan isi hati syida kepada seseorang. Juga untuk perkogsian pada mereka yang senasib dengan syida. Di blog ini juga syida selitkan sedikit unsur-unsur agama, kerana Rasulallah s.a.w pernah berpesan. Maksudnya, "Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat."

Syida berharap sangat suatu hari nanti Mr.Q akan membaca segala luahan hati syida. Semoga dia tahu dalamnya sayang syida pada dia, walaupun dia tak pernah perdulikan perasaan syida. Semoga sahaja dia menjadi Imam untuk syida dan anak-anak syida di dunia dan akhirat. Amin....



Best regards,

Monday, 19 March 2012

Temukan Aku Dalam Istikharahmu....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
“Salah satu dari kebahagiaan anak Adam adalah menyerahkan pilihannya kepada Tuhan-Nya, dan keridhaannya terhadap ketentuan. Dan salah satu kesengsaraan Bani Adam adalah meninggalkan istikharahnya kepada Allah ta’ala dan membenci setelah adanya ketentuan.” (HR Abu Asy-Syaikh Ibnu Hibban, Al-Ashbahani dan Al-Bazzar)....


     Apakah kamu tulang rusuk yang ditugaskan utuk melindungi dan menyayangi daku. Mengapa mesti ada perasaan curiga saat kita ketemu cinta.

     Dalam keheningan malam ku dampar rasa hati pada Ilahi. Agar perasaan curiga yang membelenggu hati berlalu pergi. Ku pohon satu tatapan bayangan ajar kita tidak salah memilih jalan.

     Wahai kasihku, temukan aku dalam istikharahmu, kerana aku juga sedang mencarimu dalam istikharahku.

     Andai jawapannya telah kamu ketemu, dan ternyata daku sebahagian dari tulang rusukmu. Ambillah daku, nikahilah daku, agar daku halal untukmu. Pandulah aku meniti jalan Ilahi agar kita akan tetap bersama suatu hari nanti.

     Andai yang muncul diistikharahmu bukan seperti anganmu. Janganlah kamu berpaling dan terus berlalu meninggalkan daku dalam pilu.

     Marilah kita bersama-sama merangkai kata kepada yang Esa. Sesungguhnya Dia sentiasa mendengar setiap permintaan hamba-hambanya tanpa disia-sia.

     Apabila kamu menutup mata dari melihat orang yang paling kamu cintai, cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dalam hatimu untuk jangka masa yang cukup lama....



Best regards,

Sunday, 18 March 2012

Awak Suami Soleh....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
 10 Sifat Calon Suami Yang Baik....


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. 




Best regards,