Pages

Thursday, 29 March 2012

Taman Impian....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Disebalik takdir yang menjelma baru aku sedari, siapakah diriku ini. Jika dari awal aku cermin diri, mungkin perkara sebegini tidak akan terjadi. Tetapi bagaimana, aku tak punya kuasa yang bisa memutar kembali roda dunia.

Denai yang terhampar untuk ku redahi, kini kian berduri. Kerana cintamu tetap jua aku gagahi. Berbekal segala kenangan, aku jadikan harapan menuju ke taman impian.

Aku terima takdir dari yang Esa, yang telah menemukan kita dan akhirnya terpisah. Tidak mengapa, walau sembilu semakin menikam dada, hati pula semakin terluka. Akan aku tetap bertahan demi secebis perasaan.

Aku tenggelam dalam pelukkan rindu, ingin sekali aku meniti hari bersamamu. Aku tak mahu ianya menjadi sejarah cinta luka, diakhiri dengan air mata. Andai ada jodoh kita, kita akan bersama semula. Andai perpisahan yang akan aku terima.Benarkan aku simpan namamu di hati, biarkan sahaja aku terus begini.



Best regards,

Wednesday, 28 March 2012

Maafkan Aku....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Maafkan aku....
kerana aku tak mampu 
melakar namamu di langit biru
namun, izinkan aku menyebut namamu
di setiap doaku

Maafkan aku....
andai aku tak mampu menjadi
apa yang di dambakan oleh mu
kerana aku telah berusaha
menjadi wanita yang lebih sempurna
tapi aku tak bisa
aku hanya wanita biasa

Maafkan aku....
jika kehadiran diriku mengganggu hidupmu
benarkanlah aku membawa bayangmu
di setiap lewat mimpiku

Semoga sahaja kamu akan akan bahagia
bersama insan yang kamu puja
setiap masa

Semoga sahaja di suatu hari 
kamu akan terpandang akan kehadiran
aku di situ
yang sedang sepi dan terus menanti


Best regards,

Tuesday, 27 March 2012

Atas Nama Cinta....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Aku teringin untuk melihat satu tatap wajah. Wajah itu yang telah mengajar aku erti bahagia, wajah itu yang telah mengajarku sakitnya rindu. Wajah itu juga yang telah mengajarku bertapa manisnya cinta dan pahitnya bila kecewa.

Pergilah kasih, pergilah sayang. Doaku akan selalu mengiringi perjalananamu, kerana kebahagiaan untukmu juga menjadi bahagia untukku. Walaupun kenyataannya payah untuk aku terima, namun aku perlu tabah dan rela. Membiarkan kamu berlalu mencari kebahagiaanmu, dan ternyata kebahagiaan kamu bukan bersamaku.

Tiada sedikit pun sesalku dari bertahan untuk setia padamu. Walau di akhir jalan aku harus melepaskan....

Andai kebahagiaan yang kamu cari tidak kamu ketemu, ku pohon. Pulanglah ke pangkuan aku, kerana aku pasti akan menerimanya.

Atas nama cinta, aku persembahkan hatiku hanya padamu.Dan atas nama cinta, aku telah merelakan kecewa itu, kerana aku harus mengerti mencintai tidak mesti memiliki....

Andai sahaja kamu fahami, mengapa aku tetap di sini menanti walau telah kamu lukai.



Best regards,

Warkah Buatmu.... (Mr.Q)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Atas limpah kasihNya, aku berkesempatan mencoret gurindam jiwa buatmu.

Salam kerinduan buatmu wahai kasih.

Kasih,
Saat ku lakar warkah ini, hatiku sarat dengan rasa rindu padamu. Sungguh, aku rindu kemesraanmu, aku rindu dengan kemanisan tutur katamu, aku rindu dengan nasihat yang kamu curah saban waktu. Mungkinkah kamu juga begitu, atau kamu telah melupakan aku.

Kasih,
Apakah kamu masih ingat, yang kamu pernah menduduki tempat ketiga dalam hatiku. Lantas kamu merasa kecewa. Maafkan aku kasih, aku tidak mampu mengangkatmu hingga di kedudukan pertama. Kerana tempat itu telahku isi dengan insan yang lebih istimewa iaitu rasul kita. Bukan ku tidak mahu memberi kamu kedudukan kedua. Namun aku tidak bisa, kerana aku telah terhutang budi padanya dan kerana cintanya juga aku wujud di dunia.

Kasih,Jutaan terima kasih buatmu, aku utus bersama warkah ku yang hina. Terima kasih atas kesudianmu mengutip aku dari lembah duka. Terima kasih kerana memberikan aku sinar kebahagian yang baru. Terima kasih juga kerana memberi aku kesempatan merasa kemanisan kasih darimu, sebelum kamu menghumban aku semula ke sana. Tidak mengapa kasih, aku tidak pernah menyalahkan kamu dan aku tidak pernah membenci kamu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu pertemuan terakhir kita. Ku pohon kemaafan darimu, di atas setiap kesalahan yang telah ku laku, maafkan aku juga kerana tidak bisa membalas segala jasa baikmu padaku. Akan ku rangkai doa untuk kebahagiaanmu, itu sahaja yang aku termampu.

Kasih,
Andai sahaja hari yang indah itu adalah kali terakhir untukku mendengar suara kamu. Ku ingin kamu tahu, sesungguhnya aku amat rindu untuk mendengar lagi suara itu.

Kasih,
Andai sahaja pujukkan dan gurauan itu juga yang terakhir kali untukku. Ketahuilah aku tidak pernah lupa hari itu.

Kerana aku sentiasa ingat pada pesanan mu. Andai kita tidak lagi diperlukan dalam hidup seseorang itu. Tiada guna walau dirayu dengan air mata. Kerana apabila tiba saatnya kita perlu melangkah jua. Namun ketahuilah wahai kasihku, aku akan sentiasa di sini untuk menanti....



Best regards,

Sunday, 25 March 2012

Jika Ku Harus Bermimpi....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


        Keluhan yang telah sarat ku lepas bernada berat. Terukir seribu kisah luka di setiap relung duka yang bisa mengalirkan selaut air mata.

     Siapa yang kisah????

     Harapan yang tawar ku biar, akan ku semat di sanubari agar wujudnya tidak pudar. Aku sedar aku telah tersasar, kerana hukum alam jua telah mennyata, mencintai tidak semestinya memiliki.

     Aku bahagia begini. Aku rela menanti dari membiarkan cinta itu pergi.

     Aku akui dan aku tahu kentayaan yang sebenarnya, Tetapi harus bagaimana, hati ini tidak mampu untuk menerima.

     Jika ku harus bermimpi untuk memilikimu, Jangan pernah sedarkan aku dari mimpi indahku. Jika aku harus bermimpi untuk dapat memandangmu, jangan pernah meminta aku dari lelap mimpiku. Hanya di hatimulah tempat terindah untuk ku semayamkan seluruh jiwa ku. Aku ketemu cinta terindah darimu, meski tidak engkau sedari.....



   Best regards,

Friday, 23 March 2012

Cinta Datang Dan Pergi....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



      Usai sudah kisah cinta, habis segala madah indah untuk diluah. Hanya perit yang semakin merumit.

     Cinta datang jua pergi, silih berganti. Itu sudah pasti ujian dari Ilahi. Mereka kata cinta itu tiba di saat jiwa kita sepi, kosong yang perlu diisi. Perginya umpama mimpi ngeri. Cinta bukan seindah apa yang kita impi ke langit tinggi.

     Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, sebelum Allah temukan kita dengan orang yang betul....

     Memang mudah mengungkap cinta dalam kata tanpa memberi apa-apa makna dan tanpa dikota. Sehingga kita termakan dengan kata cinta hanya di lidah. Lantas apakah perlu diratapi cinta yang tidak bermaya, kerana hakikatnya cinta bukan di tangan manusia.

     Cinta bukan agung untuk kita puja, tidak pula semanis seperti yang kita sangka. Kadang sesuatu yang manis juga akan menjadi racun yang berbisa di akhirnya.

     Kita seharusnya mengerti, kita telah disatukan atas nama cinta dan kehendakNya. Terimalah di saat ia datang, dan relakan juga saat ia pergi....



Best regards,

Wednesday, 21 March 2012

Biarku Simpan Rindu Ini Di Hati....

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



     Langkah ku terhenti di sini, setelah sekian lama mengejar cinta sejati. Bukan bermakna aku ingin berundur dan mengalah. Tetapi aku harus berhenti untuk merawat jiwa yang terluka. Andai ku teruskan, ku bimbang jiwa ini akan mati sebelum tamat perjalanan nanti.

     Disebalik luka yang mengeluarkan darah yang tak berwarna, tercipta cerita dari sebuah derita. Siapa yang peduli pada kisah kita, siapa yang tahu pada peritnya rasa. Lantas itu, diri ini semakin tersudut sendiri memujuk hati yang semakin sepi.

     Cinta seperti matahari, ia akan tetap bercahaya. Walaupun malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi. Kadang gerhana terjadi, tetapi dia akan tetap kembali....
.
     Biar ku simpan rindu ini di hati, agar kamu tidak membenci. Akan ku tunggu saat terbuka pintu hatimu, walau hingga ke akhir nafas ku.



Best regards,