Assalamualaikum..
Kehadapan sang mantan
yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di
sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh
tabah
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.
Sang Mantan,
Pada
mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati
masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak,
selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
Pernah tak
setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau
berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak
dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan?
Pernah tak?
Pernah
tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika
bersiar-siar di shopping complex? Pernah tak kita berasa malu memasuki
pusat karaoke berdua? Pernah tak?
Semua tu
terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku. Pada
mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha.
Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita
tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?
Sang Mantan,
Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri
kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan
terhadap kaum Adam, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa
tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang
perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Sang Mantan,
Betapa banyaknya dosa
yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum
kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku
mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya
Allah..
Kau masih tidak sedar akan semuanya itu. Kau sedang leka bersama cinta hatimu.
Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku
bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa.
Cinta
tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan
kita buta. Kita yang buta selepas tenggelam di dasar lautan cinta yang
paling dalam. Kita. Bukan salah mereka.
Oleh itu sang Mantan..
Bertaubatlah.
Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan
dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu
belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali
lagi dengan dunia cinta.
Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia
sebagai isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah
berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa.
Untuk
menerimamu kembali, untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku
rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada
balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah
seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku
mencintai Allah.
Aku takut sangat-sangat. Ketakutan ini aku tidak pernah rasa pada suatu masa dulu.
Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka.
Wassalam,
Warkah wanita yang ingin berubah menjadi solehah.
Syida Muhajir
tel.:
fax:
theleaderz77@email.com
http://www.syidaismyname.blogspot.com
tel.:
fax:
theleaderz77@email.com
http://www.syidaismyname.blogspot.com