expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
“Kau jangan mimpi nak jadi menantu aku.
Perempuan kotor macam kau tak layak masuk dalam keluarga ni.” Tengking Datin
Maria.
Datin Maria memang tidak pernah merestui
pernikahan Sumayyah dengan anak lelakinya Muhammad Qeis, kerana dia ingin
berbesan dengan Puan Sri Sharifah.
Sumayyah yang sedang membersihkan
ruang tamu hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Bantal-bantal yang
bersepah diatur semula di sofa kulit bernilai puluhan ribu. Kadang kala hatinya terguris juga dengan cacian
yang dilemparkan oleh Datin Maria. Dia bukan anak luar nikah seperti yang
diperkatakan oleh ibu mertuanya itu.
Ibu dan ayah Sumayyah telah
meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya. Ketika itu,
Sumayyah baru berusia tiga tahun. Namun, kuasa Allah s.w.t Sumayyah terselamat
dari kemalangan maut yang membabitkan lima keluarga dalam sekelip mata. Selepas
kejadian itu, dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim.
Kemarahan Datin Maria tidak hanya
terhenti di situ. Perhiasan kaca di cabinet
kecil dicapai, lalu dilemparkan ke anak tangga.
‘Prrannggg’.
Bunyi kaca pecah memeranjatkan Sumayyah yang sedang mengelap tingkap di tingkat
atas. Pantas dia berlari kearah bunyi itu.
Kelihatan Datin Maria sedang
memandangnya seperti singa betina kelaparan. Wajah wanita itu dilihat sekilas,
sebelum berlalu mengambil bakul sampah.
Sumayyah mengutip satu persatu
serpihan kaca yang bertaburan di anak-anak tangga. Ditoleh kearah atas, kelibat
Datin Maria tidak kelihatan.
‘Dah keluar agaknya,’ desis hati
Sumayyah.
Namun sangkaan Sumayyah meleset.
Tanpa dia sedari, Datin Maria yang datang dari arah belakang terus menolaknya.
Tubuh Summayyah berguling-guling.
Kepalanya terhantuk pada bucu anak tangga yang terakhir, sebelum terlentang di
lantai.
Mak Jah sedang memasak terperanjat
dengan bunyi kuat dari arah ruang tamu, pantas dia berlari melihat apa yang
berlaku. Tiba di ruang tamu, dia terpandang sekujur tubuh yang lemah di atas
lantai. Ada darah yang mengalir dari celah-celah kaki, hidung dan dahi isteri Muhammad
Qeis.
“Ya Allah, Sumayyah.” Teriak Mak Jah
lalu mendapatkan tubuh itu.
Datin Maria masih mematung di
tingkat atas.
“Kenapa ni, nak.” Tanya Mak Jah
sambil mengelap darah yang mengalir dari hidung mancung Sumayyah.
“Qeis…. Qeis….” Teriak Mak Jah memanggil
Qeis yang baru pulang dari jogging
bersama papanya.
Qeis yang baru keluar dari perut
kereta meluru mendapatkan Mak Jah, sambil diekori oleh Datuk Jaafar. Langkah
kakinya terhenti apabila melihat isteri kesayangannya telah berlumuran darah.
Seluruh tubuhnya mengigil, tangannya digenggam mengumpul kekuatan.
Tubuh Sumayyah beralih dari pangkuan
Mak Jah ke pangkuan suami yang amat dia cintai. Kesakitan yang menjalar di
seluruh tubuhnya sedikit terubat melihat wajah redup milik Qeis.
Qeis menyeka air matanya yang jatuh
ke pipi gebu Sumayyah. Berkali-kali dia mencium dahi wanita itu yang basah
dengan darah.
“Anak kita, bang.” Ujar Sumayyah
terketar-ketar, nafasnya mula turun naik tidak menentu.
Pantas Qeis mengalirkan pandangannya
kearah kaki Sumayyah.
“Astaghfirullahalazim.”
“Sabar, Qeis. Sekejap lagi ambulans sampai.” Ujar Datuk Jaafar sambil
menggosok belakang Qeis memberi sedikit semangat.
Tangan lemah Sumayyah digenggam,
terasa begitu sejuk tangan isterinya.
“Sayang mesti kuat, sayang.” Ujar
Qeis dengan suara tersekat-sekat menahan sebak.
Namun pandangan Sumayyah semakin
kabur, nafasnya juga semakin tidak menentu. Berkali-kali Mak Jah dan Qeis
mengajar Sumayyah mengucap, sebelum wanita itu layu dalam pelukkan suaminya.
Qeis memeluk erat tubuh isterinya
yang tidak lagi bernyawa. Air matanya mengalir semakin deras. Jiwanya berasa
begitu perit kala ini.
“Ya Allah, kenapa jadi begini….
Kenapa Engkau tak ambil aku sekali, Ya Allah” Raung Qeis sekuat hati.
“Sabar, nak. Allah lebih sayangkan
Sumayyah.” Pujuk Datuk Jaafar sambil memeluk tubuh anaknya dari sisi.
“Qeis pun sayangkan Sumayyah, pa.
Qeis sayang Sumayyah.” Ujar Qeis dalam esakkan.
“ Sayang, kenapa buat abang macam ni.”
“ Bangunlah sayang. Abang merayu, bagunlah.
Jangan tinggalkan abang.”
Tubuh layu wanita itu digoncang
semahunya. Segera dihalang oleh Datuk Jaafar.
“Maafkan mama, Qeis. Mama tak sengaja.”Rayu
Datin Maria lalu melutut memeluk anaknya.
Rayuan Datin Maria tidak
diperdulikan.
Lantas, Datin Maria beralih memeluk
tubuh Sumayyah yang berada dipangkuan Qeis.
“Sumayyah maafkan mama, nak. Mama
yang salah…. Mama yang berdosa…. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni. Ampunkanlah
aku, Ya Allah.” Tangis Datin Maria kekesalan.
*******************************************************************************************
Sebulan selepas pemergian Sumayyah,
Datin Maria telah dimasukkan ke wad sakit mental. Rasa bersalah yang menghantuinya membuatkan
dia hilang kewarasan sehingga dia pernah untuk mengelar dirinya sendiri.
Keadaan Qeis juga semakin tidak
menentu, dia sering mengurung dirinya di dalam kamar. Kadang kala, terdengar
dia menangis teresak-esak memanggil nama isterinya. Namun, kadang-kadang
terdengar juga dia ketawa gembira seperti bergurau dengan seseorang.
Best regards,