Pages

Wednesday 29 February 2012

Mengapa kau sentuh hatiku….

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Jangan buat wanita itu jatuh cinta, kalau anda tak cintakan dia - Ustaz Azhar Idrus




Apa niat mu menyentuh hati ku dan terus berlalu. Adakah kamu sengaja ingin meninggalkan jejak mu di hati ini, agar aku terluka. Hingga aku memasang harapan terlalu tinggi dan akhirnya jatuh tersungkur menyembah bumi.

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu melekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Jangan sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit dari ketajaman mata kailmu, mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitu juga setelah kamu memberi PENGHARAPAN yang banyak kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGI mu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah kamu meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama mu atau mungkin dia TIDAK DAPAT MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati mu.

Mengapa kamu gemar berbicara tentang cinta, jika kamu tidak bermaksudkannya. Mengapa kamu gemar berbicara tentang perasaan, jika hati kamu tidak pernah mengharapkannya. Mengapa kamu gemar mengukir janji, jika kamu tidak pernah ingin menunaikannya.

Pernah kamu tahu, pahit dari kekecewaan itu. Pernah kamu tahu, saat ku merindui kamu hati ku hancur berkeping-keping dan ku terus mencuba mencantumkannya semula. Pernah kamu tahu, ku di sini selalu mengingati mu. Walaupun ku tahu kamu tidak pernah mengingati aku. Bukan ku tidak cuba untuk melupakan kamu, namun ku tak mampu.

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang pasti baik untuk diri mu. Mengeyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Kerana kamu terlalu mengejar kelazatan. Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak dapat memakannya.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada mu, yang MENYAYANGI mu dan MENGASIHI mu. Mengapa kamu berlengah lagi, dan cuba membandingkannya dengan yang lain. Kerana kamu terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak kamu akan KEHILANGANNYA. Apabila dia telah menjadi milik orang lain, kamu juga yang MENYESAL.



Best regards,

Tuesday 28 February 2012

Layakkah aku...

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
 Allah S.W.T berfirman:
                                
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (an-nur':26)



 Jauh di benak hati kita sering berharap agar suatu saat nanti, kita akan bertemu jodoh yang baik dan taat pada perintah Allah s.w.t. Sedangkan kita sendiri selalu sahaja alpa dan leka untuk memenuhi perintah-Nya. 

Aku selalu terfikir apakah aku layak untuk berada disamping insan sebaikmu, sedangkan aku tidak secantik Balqis, hati ku tidak setulus Zulaikha, jauh sekali teguh seperti Siti Hajar apatah lagi sesempurna Siti Khadijah. Apa kau akan menerima kekurangan diri ku? 
 
Suatu hari sahabat saya pernah bertanyakan "Saya seorang yang baik, tidak pernah melakukan perkara yang terkutuk di masa silam. Lantas mengapa saya bertemu jodoh dengan wanita yang kurang baik di masa silamnya?" 

Jawapan saya mudah "Itu silamnya, sedangkan Allah s.w.t menerima umaatnya yang telah kembali ke pangkal jalan mengapa tidak anda. Mungkin ada kebaikkan yang anda tidak ketahui di dalam dirinya."

 Siapa kita untuk menilai layak atau tidak seseorang itu, sedangkan Allah s.wt. telah mengaturkan segala-galanya. Kita sebagai insan yang kerdil harus menerima dengan yang redha. Kita percaya Allah s.w.t telah menyembunyikan suatu hikmah yang tidak ternilai sebalik setiap yang berlaku.

 Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.



Best regards,